Pages

Saturday, August 21, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak

Diam tak diam, hari ini sudah hari ke 10 umat Islam berpuasa..begitu cepat masa berlalu. Tinggal 20 hari lagi untuk umat Islam meraikan hari raya aidilfitri. Puasa kali ini dugaan begitu kuat. Bermula dengan demam yang teruk pd hari kedua berpuasa diikuti dengan serangan gastrik melampau sehingga muntah-muntah..menggagalkan dua hari puasaku..

sampai ke hari kesepuluh ni pun penangan demam n gastrik masih belum pulih sepenuhnya. Nasib baik balik ke Kangar, maknanya tugas memasak utk bukak puasa n bersahur dikecualikan utk dua hari. hehe *balik kg buat2 sibuk ngan anak..takyah masuk dapur*

Teringat kenangan dulu-dulu ketika menunaikan fardhu puasa kat kelantan..time tu ma ngan ayoh ada lg..memang meriah n happening. Selepas tamat waktu sekolah menengah, kesempatan berpuasa sebulan di kg agak terbatas kerana tugas seorang pelajar. Bermula dengan matrikulasi di Melaka kemudian degree di USM Penang. Tahun pertama bekerja, ma n ayoh sudah tak ada di dunia ni. 

Kalau dulu-dulu, bulan puasala bulan yang sangat dinanti. Masa bulan puasa ni la pakat p surau ramai-ramai ngan ma n adik-adik. Dulu hidup susah. Yang syoknya lepas terawih selalunya kat surau buat makan-makan. Kalau kat kg Pasir Dusun ada satu surau, 2 madrasah n satu masjid. Abe ngan Ngoh siap bleh compare2 lg kat tempat mana makanan paling best lepas terawih. Kalaulah masa tu kitaorang ada walkie-talkie, memang berbaloi-baloi. hehe.

Tahap keberanian pulak kalau time bulan ramadhan amat tinggi. Tak takut apa dah kalau berjalan sorang-sorang malam-malam. Sebabnya ma kata semua setan, hantu and yang sespesis dengannya kena rantai. Tapi, ada satu watak lain yang ma jelmakan dalam pikiran kitaorang..'lailatulqadar..'. Tak tau betul ka dak..ma gambarkan pada kitaorang lailatulqadar tu adalah seorang malaikat yang boleh datang dalam rupa orang tua. Jadi kitaorang adik beradik diingatkan sekiranya bertemu orang tua berjanggut..alim..pada bulan puasa..ia mungkin Lailatulqadar. hehehe...Tu yang kalau dah tengah malam, time nak bersahur jadi takut balik nak dok sorang-sorang. takut jumpa Lailatulqadar. Nak tergelak sorang-sorang plak bila teringat semua ni.

Beberapa hari yang lepas, my sister, Yah bg msg. Below aku quotekan sms dia..

"td g solat terawih kat masjid. sblh yah ada makcik ngan anak tino dia. teringat waktu g smye terawih ngan ma. mst nak jgk ddk sblh ma. berhimpit2 tepi dinding surau 3 oghe. yah, ma, kaksu. pahtu lah kelik mst ma duk ngosek lailatulqadar. sajo nok oyak sebab dr kemarin duk ingat lajok2 ko ma. xtau nok oyak sapo. mugo sain2 duk cito psl fmly demo sokmo etek. rindu weh..."

Hati jadi tersentuh baca sms dia. Aku faham benar rasa kehilangan dan kerinduan seperti itu. Aku sebagai kakak juga punyai perasaan yang sama..Cuma bezanya kerana status aku sebagai ibu dan isteri yang sudah semestinya perhatianku teralih kepada urusan rumahtangga. Jadi kerinduan dan layanan perasaan tu dapat aku kekang sedikit, jika nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain.

pic: Arwah ma tercinta

Tapi bila menulis begini, perasaan teringat kpd arwah ma n ayoh begitu menebal. Masa bulan puasa ma suka buat kuih onde-onde, buah nangka, sagu...*Ya Allah..cucurilah rahmatMu keatas roh ma ngan ayoh*. dah lama aku tak makan kuih2 mcm tu. Kalau ada pun tak mungkin sama dengan yg ma pernah buat dulu. 

0 comments:

Post a Comment

sile2 bg komen