Pages

Wednesday, August 25, 2010

Rundingan Damai: Tiada Persetujuan Dicapai..huhuhu

Entry ni sebagai kesinambungan entry sebelum ini...

Kulim - Rundingan damai yang diharapkan dapat merungkaikan isu balik beraya di negeri mana untuk Aidilfitri 2010 menemui jalan buntu apabila tiada keputusan yang sepakat diperoleh kedua-dua pihak..hohoho

Rundingan damai yang diadakan dalam suasana tenang dan damai itu bagaimanapun tidak dicemari apa-apa insiden yang tidak diingini. *kedua-dua pihak memberi kerjasama yang baik sepanjang rundingan dilakukan*. Walaupun pelbagai option dan cadangan diutarakan ternyata kedua-dua pihak yakni ibu yang ayu dan abah yang tak berapa hensem ; masing-masing menolak cadangan tersebut.

Pic: I'm standing here to vote for my ibu. Hehe

Pihak ibu yang ditemui selepas rundingan tersebut bagaimanapun optimis raya kali ini tetap di Jeli. wakakaka

Monday, August 23, 2010

Di Persimpangan Dilema...

Sejak awal puasa lg hati sudah berbunga-bunga...tahun ni dapat beraya di Kelantan. Tahun lepas dua-dua hari raya (aidilfitri n aidiladha) celebrate di Perlis. Hubby menggunakan sepenuhnya kuasa veto yg ada padanya untuk menundukkan aku..ngeee.. So tahun ini aku sudah berkira-kira sendiri..mcm mana pn raya pertama mesti di Kelantan.

Sekarang lain plak jadinya..Bila balik ke Perlis hujung minggu lepas, ceritanya dah berubah. My MIL pn nak balik Kelantan, nak tumpang kitaorang. Tak kisahla..Sebelum ni pn hubby pernah bagitau my MIL akan ikut balik sekali. But, My MIL bukan nak balik sebelum raya ..tp pd hari raya kedua. Hangpa tau apa maknanya..adoooiii..meaning that aku pn kena raya di Perlis lagi la tahun ni..

Betapa tak seronoknya rasa hati ni..serba salah. Memangla my MIL kata dia tak paksa, cuma kalau boleh nak tumpang kitaorang la..tp aku sebagai menantu yg solehah, takkan nak kata tak boleh kot. *tu pun dah ckp slow-slow tahun lps dah braya di Perlis dah..* waaaaaa :-(

Masih lagi cuba pertahankan hak utk balik braya di Kelantan; aku bagi option kat hubby. Dengan gaya2 ala manja gitu "abg..kalau mcm tu apa kata abg hantar syg dgn anak2 balik Kelantan dulu. Pastu abg balik la amik Umi plak.." Hangpa nak tau apa respons my hubby.."tempat seorang isteri kat mana? Bukan ke sepatutnya isteri kena ikut suami?"..Ternyata..godaanku tak berbekas di hatinya..ngee..

Lalu, cara apakah lagi yg boleh aku buat demi memastikan raya pertama nanti aku berada di rumah keramat kg Pasir Dusun..? Aku mengerti dan cukup faham..aku dah tidak ada ma n ayah yang menunggu di kg. Tapi aku ada adik beradik..ada rumah (walaupun rumah tu dah takde CF)...dan yg paling pntg..aku nak menziarahi kubur ma n ayoh dipagi hari raya tu..Rasa mcm sudah lama benar aku tak menziarahi pusara ma n ayoh..bercakap psl menziarahi pusara ni teringat plak ketika menziarahi pusara ma pada hari raya pertama selepas pemergian ma..Kesyahduan yang teramat di saat Yasin dibaca bila mengenangkan semua pengorbanan yang ma dah buat sepanjang hayatnya demi membesarkan kami adik beradik..

pic: Pusara ma

Pic: Wajah-wajah anak yatim piatu -  from left Ngoh, Zeti (Ngoh's wife), Shuhadah, Yah, Zulherry and me

ok..back to my dilema... Ya Tuhanku..berilah jalan yg terbaik utk ku..

Saturday, August 21, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak

Diam tak diam, hari ini sudah hari ke 10 umat Islam berpuasa..begitu cepat masa berlalu. Tinggal 20 hari lagi untuk umat Islam meraikan hari raya aidilfitri. Puasa kali ini dugaan begitu kuat. Bermula dengan demam yang teruk pd hari kedua berpuasa diikuti dengan serangan gastrik melampau sehingga muntah-muntah..menggagalkan dua hari puasaku..

sampai ke hari kesepuluh ni pun penangan demam n gastrik masih belum pulih sepenuhnya. Nasib baik balik ke Kangar, maknanya tugas memasak utk bukak puasa n bersahur dikecualikan utk dua hari. hehe *balik kg buat2 sibuk ngan anak..takyah masuk dapur*

Teringat kenangan dulu-dulu ketika menunaikan fardhu puasa kat kelantan..time tu ma ngan ayoh ada lg..memang meriah n happening. Selepas tamat waktu sekolah menengah, kesempatan berpuasa sebulan di kg agak terbatas kerana tugas seorang pelajar. Bermula dengan matrikulasi di Melaka kemudian degree di USM Penang. Tahun pertama bekerja, ma n ayoh sudah tak ada di dunia ni. 

Kalau dulu-dulu, bulan puasala bulan yang sangat dinanti. Masa bulan puasa ni la pakat p surau ramai-ramai ngan ma n adik-adik. Dulu hidup susah. Yang syoknya lepas terawih selalunya kat surau buat makan-makan. Kalau kat kg Pasir Dusun ada satu surau, 2 madrasah n satu masjid. Abe ngan Ngoh siap bleh compare2 lg kat tempat mana makanan paling best lepas terawih. Kalaulah masa tu kitaorang ada walkie-talkie, memang berbaloi-baloi. hehe.

Tahap keberanian pulak kalau time bulan ramadhan amat tinggi. Tak takut apa dah kalau berjalan sorang-sorang malam-malam. Sebabnya ma kata semua setan, hantu and yang sespesis dengannya kena rantai. Tapi, ada satu watak lain yang ma jelmakan dalam pikiran kitaorang..'lailatulqadar..'. Tak tau betul ka dak..ma gambarkan pada kitaorang lailatulqadar tu adalah seorang malaikat yang boleh datang dalam rupa orang tua. Jadi kitaorang adik beradik diingatkan sekiranya bertemu orang tua berjanggut..alim..pada bulan puasa..ia mungkin Lailatulqadar. hehehe...Tu yang kalau dah tengah malam, time nak bersahur jadi takut balik nak dok sorang-sorang. takut jumpa Lailatulqadar. Nak tergelak sorang-sorang plak bila teringat semua ni.

Beberapa hari yang lepas, my sister, Yah bg msg. Below aku quotekan sms dia..

"td g solat terawih kat masjid. sblh yah ada makcik ngan anak tino dia. teringat waktu g smye terawih ngan ma. mst nak jgk ddk sblh ma. berhimpit2 tepi dinding surau 3 oghe. yah, ma, kaksu. pahtu lah kelik mst ma duk ngosek lailatulqadar. sajo nok oyak sebab dr kemarin duk ingat lajok2 ko ma. xtau nok oyak sapo. mugo sain2 duk cito psl fmly demo sokmo etek. rindu weh..."

Hati jadi tersentuh baca sms dia. Aku faham benar rasa kehilangan dan kerinduan seperti itu. Aku sebagai kakak juga punyai perasaan yang sama..Cuma bezanya kerana status aku sebagai ibu dan isteri yang sudah semestinya perhatianku teralih kepada urusan rumahtangga. Jadi kerinduan dan layanan perasaan tu dapat aku kekang sedikit, jika nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain.

pic: Arwah ma tercinta

Tapi bila menulis begini, perasaan teringat kpd arwah ma n ayoh begitu menebal. Masa bulan puasa ma suka buat kuih onde-onde, buah nangka, sagu...*Ya Allah..cucurilah rahmatMu keatas roh ma ngan ayoh*. dah lama aku tak makan kuih2 mcm tu. Kalau ada pun tak mungkin sama dengan yg ma pernah buat dulu. 

Sunday, August 15, 2010

Nak sambung master..

Kadang-kadang terfikir takkan selamanya nak kerja di tahap seperti sekarang...pagi-pagi hantar anak kat rumah pengasuh..pukul 8 thumb print in, pukul 5 thumb out..balik ambik anak..esok rutin yang sama jugak berlaku. setiap hari..saban minggu..saban tahun..

Rasanya sudah sampai masanya aku kena lakukan perubahan. Hati teringin sgt nak sambung master. Dua minggu lps aku ke USM transkrian, jumpa Dr. Roslan utk riki line pasal master ni. Input yang aku dapat dr Dr. Roslan sgt membantu. Teringat kata2 Dr. Roslan,"kenapa kamu nak ambik master by research? kenapa tak ambik by course je..? senang nak score.."

Balik dr USM tu, aku usha2 tanya Kak Tini dan Bibi. Nasihat yang sama diberikan. Better ambik by course sebab aku mengajar di politeknik. If ambik by research, aku hanya akan fokus kepada sesuatu bidang yang berkaitan dengan tajuk research je..sedangkan kalo amik by course, aku akan gather lebih banyak ilmu, dan semestinya ia amat membantu dalam proses PnP aku di politeknik.

Emmm...persoalan method apa yg akan dipilih bukan persoalan utama skrg. Tp yang lebih penting mcm mana aku nak pursue hubby untuk bagi keizinan pd aku utk further studi. 2-3 hari lepas aku dah tanya and try to slow talk with him. Eventhough he didn't directly says that he didn't allow me to do so, but I otice from his face..Idid not have 100% permission by him. The most factor which he ask me to think is, if I really want to further my study, mcm mana dengan keadaan keluarga. Dan sekiranya aku sambung master i UKM, high possibility we need to stay separately for at least 1++ years. hehehe..aku rasa faktor separate ni la yang buat hubby tak mampu nak tanggung kot..hehe

Tengoklah nanti mcm mana. Iklan untuk HLP akan keluar samada hujung tahun ni atau awal tahun depan. Masih ada masa ntuk aku meneruskan misi memujuk hubby...

Saturday, August 7, 2010

Me n My Hubby: Happy Our 4th Anniversary

05/08/2006, Sabtu, Selepas waktu Zohor, kita selamat disatukan dalam suasana yg sedikit kelam kabut pasai mak andam aku mai lambat sederhana tetapi meriah. Lebih kurang 4 bulan usia pertunangan kita sebelum tarikh keramat ini dipilih sebagai detik mula fasa baru dalam hidup kita berdua.

Walaupun pada masa itu ma dan ayoh telah tiada untuk menjadi saksi penyatuan kita, tapi aku yakin dan percaya..doa dan restu mereka sentiasa bersama kita. Sedih dan syahdu bila teringatkan pemergian ayoh hanya slps empat hari kita mengikat tali pertunangan.

Dalam kesibukan hari itu, terbayang wajah ma dan ayoh..pasti suasana lebih happening kalau mereka masih ada..takpolah..takdir Tuhan..Allah lebih menyayangi ibu-bapa aku. At least aku bersyukur, ma dan ayoh sudah mengenali hubby sebelum mereka pergi. Al-Fatihah utk ma ngan ayoh..sungguh..aku sgt2 merindui mereka. 

pic: muka ala2 insap gitu..

Aku sentiasa doakan kebahagiaan rumahtangga kita. Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..walaupun ada kala bermasam muka..tp tu lumrah rumahtangga. Yang pasti perbezaan itulah akan lebih mematangkan hubungan kita di samping mengeratkan lagi kasih sayang sesama kita.
pic: Honeymoon di gunung himalaya Langkawi

Kini..dengan kehadiran dua org srikandi selama empat tahun pernikahan kita,  mereka sebenanrnya pengikat kasih kita. InsyaAllah..kebahagiaan sentiasa bersama kita.