Pages

Showing posts with label Aidilftiri 2010. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Rundingan Damai: Tiada Persetujuan Dicapai..huhuhu

Entry ni sebagai kesinambungan entry sebelum ini...

Kulim - Rundingan damai yang diharapkan dapat merungkaikan isu balik beraya di negeri mana untuk Aidilfitri 2010 menemui jalan buntu apabila tiada keputusan yang sepakat diperoleh kedua-dua pihak..hohoho

Rundingan damai yang diadakan dalam suasana tenang dan damai itu bagaimanapun tidak dicemari apa-apa insiden yang tidak diingini. *kedua-dua pihak memberi kerjasama yang baik sepanjang rundingan dilakukan*. Walaupun pelbagai option dan cadangan diutarakan ternyata kedua-dua pihak yakni ibu yang ayu dan abah yang tak berapa hensem ; masing-masing menolak cadangan tersebut.

Pic: I'm standing here to vote for my ibu. Hehe

Pihak ibu yang ditemui selepas rundingan tersebut bagaimanapun optimis raya kali ini tetap di Jeli. wakakaka

Monday, August 23, 2010

Di Persimpangan Dilema...

Sejak awal puasa lg hati sudah berbunga-bunga...tahun ni dapat beraya di Kelantan. Tahun lepas dua-dua hari raya (aidilfitri n aidiladha) celebrate di Perlis. Hubby menggunakan sepenuhnya kuasa veto yg ada padanya untuk menundukkan aku..ngeee.. So tahun ini aku sudah berkira-kira sendiri..mcm mana pn raya pertama mesti di Kelantan.

Sekarang lain plak jadinya..Bila balik ke Perlis hujung minggu lepas, ceritanya dah berubah. My MIL pn nak balik Kelantan, nak tumpang kitaorang. Tak kisahla..Sebelum ni pn hubby pernah bagitau my MIL akan ikut balik sekali. But, My MIL bukan nak balik sebelum raya ..tp pd hari raya kedua. Hangpa tau apa maknanya..adoooiii..meaning that aku pn kena raya di Perlis lagi la tahun ni..

Betapa tak seronoknya rasa hati ni..serba salah. Memangla my MIL kata dia tak paksa, cuma kalau boleh nak tumpang kitaorang la..tp aku sebagai menantu yg solehah, takkan nak kata tak boleh kot. *tu pun dah ckp slow-slow tahun lps dah braya di Perlis dah..* waaaaaa :-(

Masih lagi cuba pertahankan hak utk balik braya di Kelantan; aku bagi option kat hubby. Dengan gaya2 ala manja gitu "abg..kalau mcm tu apa kata abg hantar syg dgn anak2 balik Kelantan dulu. Pastu abg balik la amik Umi plak.." Hangpa nak tau apa respons my hubby.."tempat seorang isteri kat mana? Bukan ke sepatutnya isteri kena ikut suami?"..Ternyata..godaanku tak berbekas di hatinya..ngee..

Lalu, cara apakah lagi yg boleh aku buat demi memastikan raya pertama nanti aku berada di rumah keramat kg Pasir Dusun..? Aku mengerti dan cukup faham..aku dah tidak ada ma n ayah yang menunggu di kg. Tapi aku ada adik beradik..ada rumah (walaupun rumah tu dah takde CF)...dan yg paling pntg..aku nak menziarahi kubur ma n ayoh dipagi hari raya tu..Rasa mcm sudah lama benar aku tak menziarahi pusara ma n ayoh..bercakap psl menziarahi pusara ni teringat plak ketika menziarahi pusara ma pada hari raya pertama selepas pemergian ma..Kesyahduan yang teramat di saat Yasin dibaca bila mengenangkan semua pengorbanan yang ma dah buat sepanjang hayatnya demi membesarkan kami adik beradik..

pic: Pusara ma

Pic: Wajah-wajah anak yatim piatu -  from left Ngoh, Zeti (Ngoh's wife), Shuhadah, Yah, Zulherry and me

ok..back to my dilema... Ya Tuhanku..berilah jalan yg terbaik utk ku..