All the while, aku tak amik port lansung kalo orang berckp mengenai cyst. Mungkin aku merasakan aku kebal dr ketumbuhan tu. Tapi hari isnin, 28 Mei lps, sesuatu telah berlaku yg mengubah persepsi itu.
28 Mei, aku sepatutnya ke USJ Subang, menghadiri kursus Beyond Ordinary Mind anjuran KPT. Tiket bas sudah dibeli sehari sebelumnya n aku dah pun mintak tlg Zai hantarkan aku ke bus stand memandangkan incik hubby bekerja hr tu. Mcm biasa, mlm sebelumnya, aku berkemas siapkan beg, hajat di hati nak kemaskan beg pakaian anak2 jugak sebab perancangannya, bila aku p berkursus, incik hubby akan bawa 2 bradik ni balik ke Perlis. Tapi ntah mcm mana aku mcm takde mood plak nak siapkan beg anak2. Malam tu aku masuk tido awal, dengan harapan akan bangun awal utk siapkan apa yg perlu.
Dan aku mmg terjaga awal. Sekitar jam 5 pagi. Bangun bersebab, aku rasa sakit perut yang amat sgt. Mula2 nak ignore je n teruskan tido sehingga orang azan subuh. tapi sakit tu makin kuat. Aku terus ke toilet, ingatkan sebab cirit ka apa. Kat toilet aku sakit aku tidak berkurang, malah makin teruk sehinggakan aku termuntah-muntah. Begitu tidak berdaya, aku terbaring kesakitan dalam bilik air. Time tu aku dh dengar azan subuh. Aku paksa diri, kuatkan smgt, amik wuduk n jalan perlahan2 utk solat subuh. Terduduk di atas sejadah, aku menjerit panggil incik hubby. Masa tu sakit yg tak tertahan. Aku selesaikan solat subuh dalam keadaan duduk. Selesai beri salam, aku merangkak naik atas katil. Ya Allah..kenapalah sakit sgt ni..
Incik hubby bangun n sapukan minyak Yu Yie kat perut. Sakit sedikit berkurang, tp slps tu dtg balik. Makin sakit sbnrnya. Kalo sebelum ni orang kata sakit sampai berguling-guling, ya..aku alaminya. Aku berguling2 tahan sakit. Mungkin tidak tahan dengan tangisan aku, incik hubby cpt2 siapkan anak2 utk di hantar ke nursery n bawak aku ke emergency. Time tu dah hampir pukul 8 pg.
Selesai hantar anak ke nursery, aku n incik hubby ke emergency. Aku dah xboleh duduk dlm kereta, terbaring mengerang kesakitan kat sit belakang. Tuhan yg maha tahu kesakitan yg aku tanggung. Sampai di unit kecemasan, orang plak ramai, kena q. Adoiii..hospital kerajaan ni dtg la time bila pun, org mesti ramai. Incik hubby buat u-turn, pergi ke Klinik Lau n Goh plak. Alhamdulillah, klinik baru bukak n aku jd org pertama jumpa doktor.
Doktor terus jalankan ultrasound ukt kenalpasti punca. Ya Allah..dugaan apakah kali ini..? Terang n jelas, cyst yg amat besar ada dlm rahim aku. More than 10 cm, n cyst tu almost twisted, tu yang menyebabkan aku sakit yang teramat. Mula2 tgk, aku nampak cyst tu dah membahagi 2, mcm ameba yg aku belajar sekolah menengah dulu..hehe
Doktor ckp kena buat urgent operation. Time tu aku terus buat keputusan untuk ke KPJ Specialist. Perjalanan dr Kulim ke hospital KPJ aku rasakan terlalu lama. Sakit yg aku tanggung hanya tuhan yang maha tahu..
Sampai di KPJ, aku sudah tidak boleh berdiri n berjalan lg. Nasib baik prosedur pendaftaran tidak terlalu lama. Aku terus di bawa untuk di scan sekali lg. Dah confirm cyst, persediaan operation terus dibuat. Sementara menunggu surat cover dr Prudential, aku diberi ubat tahan sakit. tapi, secara jujur, ubat tu langsung tidak berkesan. Aku tanggung kesakitan tahap ..ntah..tahap dh tak boleh ckp.
Dalam pukul 3 lebih, aku ditolak masuk ke bilik pembedahan. Mulut tak henti mengucap, hati berdebar2..memikirkan apakah yg bakal berlaku. Yang aku ingat, pakar bius datang, inject something kat tangan, tiub oksigen dipekupkan di hidung dan aku disuruh tarik nafas....dan..semua kelam..
Aku bukak mata n rasa air-cond yg sgt sejuk. tengok jam..eh..dah pukul 5 lebih..dalam dok sedar tak sedar aku tanya nurse, dh selesai ka. nurse ckp dah..oohh..2jam aku tak sedar langsung..tak tahu apa yg dah dibuat. aku selak kain diperut, ada 3 plaster ditampal di situ..satu plaster tersangkut tiub darah..alhamdulillah..dah selesai operation. Aku disorong ke ward tingkat empat. Kepala masih tak berapa waras..mengantuk..mungkin kesan ubat bius belum hilang sepenuhnya.
Pic: Inilah rupanya cyst yang bermastautin kat dlm rahim aku. Dalam rahim kedudukannya memanjang dan twisted. Specimen ditunjukkan to me before dihantar ke lab
Jam enam lebih, incik hubby n anak2 sampai. aku tak boleh bangun. Dengan drip di tangan, n tiub kencing di sebelah kiri. macam mana nak solat ni..menyesal tak belajar betul2 cara solat orang sakit.
Esoknya, keadaan bertambah baik. drip kat tangan n beg kencing dibukak. Aku dah boleh bergerak perlahan2 ke bilik air. Boleh amik wuduk n solat setakat kemampuan yg ada. alhamdulillah..
Petang tu sekali lgi aku dibawa utk ultrasound. Semua nampak ok. Doktor mengingatkan ada kemungkinan cyst tu boleh ada balik, tp utk masa terdekat ni mungkin takde lah kot. Aku harapkan sampai bila2 tak datang lagi penyakit ni. tak sanggup utk mengingat detik2 kesakitan tu.
Masa aku taip entry ni, aku ada di kampung incik hubby; Perlis. Puas memujuk, baru aku setuju nak balik kg. Aku bukan apa, aku memikirkan aku hanya akan menyusahkan ummi sekiranya balik. Ummi pun bukannya sihat sgt nak menguruskan makan minum aku n cucu2 dia yang terover active ni. Dari aku menyusahkan org,baik aku tanggung sendiri masalah aku. Tu pendapat aku la..bukn pendapat incik hubby. Since incik hubby insisted nak soh balik jugak, aku pun takdk pilihan. Takpelah..lagipun hr ahad dah balik Kulim.